Nursyafiqah binti Ahmad lahir pada tahun
1992. Nama Nursyafiqah ini diberi oleh kakak ipar Siti Nurhayati Ahmad. Anak
sulung lahir dengan bantuan bidan Kampung Felda Jengka 4. Adat orang Felda
Jengka 4 ketika itu tidak membenarkan suami membantu isteri bersalin. Saya
tidak menghiraukannya kerana membantu isteri besalin adalah kewajipan suami. Alhamdulilah
kerana saya ada bersama isteri dapat bersalin di rumah dengan selamat.[1]
Pada tahun 1992 saya masih mengajar di Pekan, ketika itu naik motosikal sahaja ke Sekolah Menengah Tengku Abdullah, Pekan. emak datang sebaik sahaja Wan Nashariza bersalin. Allahyarhamah kekanda Rahimah banyak membantu ketika itu. Anak saya lahir waktu pagi. Masyarakat Felda Jengka 4 ketika itu gemar membeli-belah di bandar Tong Kiat. Saya pun turut saya membeli botol susu dan peralatan bayi di Tong Kiat. Ketika itu tambang kereta sewa ke Tong Kiat pergi balik untuk dua orang ialah $5.00 sahaja.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan