Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
kUBUR CHE
Che mula mengidap sakit lelah ketika
berusia 70 tahun iaitu pada tahun 1978. Sakit lelah Che mula teruk pada awal 1980-an.
Awal 1980-an saya masih tinggal bersama Che kerana pada tahun 1980 saya baru
msuk tingkatan 4 dan memulakan kerjaya sebagai kartunis baru di Malaysia. Kawan
baik saya ACAI ketika itu telah banyak menghasilkan karya di Majalah GILA GILA
sejak Tingkatan 3. Pada tahun 1980 kartun saya disiarkan secara bersiri dalam Majalah
Mingguan Kanak-Kanak dan dibayar cek RM20.00 bagi setiap keluaran. Tahun 1981
baru lah kartun saya mula disiarkan dalam Majalah GILA GILA.[1]
ALHAMDULILLAH TANAH KUBUR BERSIH
Sepanjang dekad 80-an Che makan ubat
lelah setiap hari. Bila lelah menyerang Che tidak dapat bergerak. Menurut Chr
sakit ketika lelah sama seperti kita memikul sebatang kayu balak.[2]
Pada pertengahan tahun 1988 kaki
che mula sembak dan sudah tidak boleh sembahyang berdiri.Pada tahun 1990 ketika
menjalani latihan mengajar di Melaka sakit Che semakin teruk. Pada buan Mac
1990 saya mengambil cuti dua hari untuk balik ke Gong Chapa melawat Che yang
semakin tenat. Ketika mengajar di Sekolah Menengah Tengku Abdullah, Pekan pada
4 Jun 1990 sakit che semakin teruk.[3]
Akhirnya Che Yaakob meninggal dunia pada 1991. Syukur alhamdulillah sebagai
orang yang kuat beramal,mengajar agama, menjadi imam, membuat rawatan as-syifa dan lama mengajar al-Quran, Che dapat mengucap dengan dengan jelas sebelum meninggal dunia. Che meninggal
dunia pada pukul10.15 pagi 26 Januari 1991 kerana sakit tua. Usia Che ketika
itu 82 tahun.[4]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan