Selasa, 13 Mac 2018

BIOGRAFI HJ ZAHARI BIN YAACOB


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
      Zahari bin Yaacob dilahirkan pada tahun 1961 di Kampung Gong Chapa Pasir Puteh, Kelanan. Beliau merupakan anak ke-13 Yaakob bin Mamat. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Lelaki Pasir Puteh, Kelantan dari tahun 1968 hingga tahun 1973. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di SMK Tok Janggut pada tahun 1974 hingga tahun 1978. Semasa di SK Lelaki Pasir Puteh, beliau aktif bersukan terutama bolasepak. Beliau mewakili pasukan Bolas sepak SK  Lelaki besama Pok Ya pada tahun 1974.[1]

      Semasa di SMK Tok Janggur, abang Zahari mempunyai sahabat karib yang bernama Azhar Pakcik Dewan dan Raja Arifin, mereka mengabung nama menjadi AZHARIFFIN. Semasa di Tingkatan 4 kerana pengaruh Teks Sastera Tingkatan 4, Pulanglah Perantau, karya Aziz  Jahpin, beliau menggunakan nama samaran Johari, watak utama dalam novel tersebut.[2] Beliau mempunyai ramai kawan dan banyak tidur di Surau Kampung Gong Chapa bersama kawan-kawan atau bermalam di rumah Mazlan. Sehingga Mak selalu berpesan jangan lupa bangun awal untuk solat subuh semasa tidur di surau.[3]
                                                         



[1]Buku sejarah Hidup Ahmad bin Yaakob zaman Kanak-Kanak, 5
[2] Novel Pualanglah Perantau karya Aziz Jahpin.
[3] Pesanan Mak pada tahun 1978.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan