Selasa, 26 Disember 2017

CHE DAN RAWATAN ASSYIFA

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Sejak tahun 1971 saya mula mengetahui Che Yaakob bukan sahaja menjadi Guru Quran, tetapi bleh mengubat orang sakit menggunakan ayat-ayat Quran khususnya suarah Al-Fatihah. Menurut belajar merawat pesakit secara perubatan Islam dengan berguru dan beberapa orang guru. Che menjelaskan sesiapa yang menbaca suarah Al-Fatihah dengan tajwid yang betul dapat menyebuhkan pelabagai penyakit. Contohnya penyakit akibat sengatan kala jengking, dipatuk ular dan lain-lain hidupan liar yang berbisa.[1]


      Pada tahun 1971, ketika bersekolah Darjah 1 saya melihat seekor kala jengking merayap di atas tanah berhampiran dapur dan rumah menyimpan padi. Pada tahun tersebut pintu dapur terletak di sebelah belakang rumah mengadap rumah Mak Su.  Kala jengking tersebut bergerak perlahan melalui tepi reban ayam. Saya pula tanpa mengetahui kala jengking tersebut berbisa terus menangkap kala tersebut. Secara sepontan kala tersebut terus menyengat tapak tangan saya. Ketika iu saya terkejut kerana bisa sengatan kala tersebut sangat menyakitkan. Che segera datang setelah mendengar saya menangis, lalu bertanya apa yang berlaku. Setelah melihat kesan sengatan kala jengking ditapak tangan Che terus membaca surah Al-Fatihah dan mengambil air liur dilelangit lalu menyapu ditempat terkena sengatan kala tadi. Sungguh ajaib kesakitan yang amat sangat akibat sengatan kala jengking terus hilang. Ketika itu Che bercerita tentang khasiat sirah al-Fatihah dan Kumat Gagah.
_______________________________
[1] Biografi Ahmad bin Yaakob, 10.
[2] Ibid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan