OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Majlis Ijazah pertama di UKM tahun 1988.
Seronok juga masa tu kerana muncul sebagai perlajar terbaik Jabatan Sejarah Universiti
Kebangsaan Malaysia dan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana
Sejarah di UKM. Kami menaiki bas dan pada hari pertama menumpang di rumah anak
saudara Abdullah Abdul Rahman di Ampang. Kemudian menginap selama satu hari di
rumah No 62 Taman Kajang Jaya atas kebenaran kawan baik. Masa tu pinjam baju
kot aruah Md Ripin Deraman.[1]
Syuku alhamdulillah menjadi anak Che dan Mak pertama mendapat Ijazah dari empat belas orang adik-beradik.Terasa peritnya hidup ketika itu kerana
mengajar di Sekolah swasta Institut Pendidikan Cemerlang dengan gaji RM200.00
sebulan. Tetapi dapat membantu Che dan Mak sekeluarga serta membeli sepasang
gigi palsu che dengan duit gaji pertama. Saya satu-satunya cikgu datang ke
sekolah menaiki basikal dan tidak makan tengah hari masa rehat. Alhamdulillah masa
tu tidak pula merasa lapar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan