Isnin, 25 Disember 2017

SEJARAH HIDUP YAAKOB BIN MAMAT

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

      Che Yaakob bin Mamat dilahirkan pada tahun 1908 di Kampung Gong Chapa, Pasir Puteh Kelantan.[1]Menurut Zahari Yaacob, Che Yaakob berasal dari keturunan pembesar Kerajaan Melayu Jembal pada abad ke-18 yang berpangkat Panglima Perang Kerajaan Melayu Jembal.[2] Che seorang ayah yang baik, berilmu,alim dalam selok-belok agama dan seorang guru mengajar al-Quran dan disukai oleh penduduk kampung.

      Che berasal dari Jembal. Beliau medapat pendidikan mendapat pendidikan awal di Sekolah Pondok Tok Kenali.[3]  Ketika belajar di Pondok Kenali umur Che Yaakob baru 12 tahun. Menurut Che Tok Kenali seorang ulamak terkenal Nusantara merupakan seorang yang berkulit hitam, tinggi dan bekulit hitam. Menurut Che ilmu agama cuma dapat dipelajari dengan kehendak sendiri bukan dipaksa oleh kedua ibu bapa.[4]

Che banyak berkelana menuntut ilmu agama sehingga sampai ke Pattani. Kesilapan aku yang utama ialah tidak sempat menulis sejarah hidup che aku yang turut telibat dengan perjuangan menentang Malayan Union dan menuntut kemerdekaan setelah menjadi antara pengasas UMNO di Kampung Gong Chapa.




[1] Permit menguburkan,1.
[2] Temu bual dengan Zahari pada 9 Disember 2017
[3]Temu bual Che Yaakob pada tahun 1977
[4] Ibid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan