OLEH-AHMAH BIN YAAKOB
Pada tahun 1988 kesihatan Che semakin merosot,
kaki Che kerap sembab dan badan Che semakin kurus dan lemah. Ketika saya dah
menamatkan pengajian peringkat Ijazah pertama di Universiti Kebangsaan
Malaysia. Ketika itu ekonomi Malalysia meleset . Oleh itu sukar bagi siswazah
yang baru keluar universiti untu mendapat kerja. Untuk membantu Che dan Mmak
sekeluarga saya menanam sayur dan pokok pisang di kebun kecil dalam Pagar di Kampung
Gong Chapa.[1]
Guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa)
ketika itu dipanggil Guru Kafa.Che
memainkan peranan sebagai Guru al-Quran Kafa. Antara peranan penting Guru al-Quran Kafa ialah untuk
mendidik anak bangsa menjadi seorang yang celik al-Quran berakhlak dan
berpekerti mulia. Ketika itu elaun guru Kafa sebanyak RM80.00 dibayar di Pejabat
Agama di Bandar Pasir. Malanya saya sebagai tidak dibenarkan mengambil wang
elaun tersebut.Penyelia Kafa minta Che hadir juga untuk mengambil elaun di
bandar Pasir Puteh. Dengan bantuan Abang Din kami membawa Che yang terlantar
sakit dengan kereta ke tempat pembayaran elaun tersebut dalam keadaan Che lemah
dan tak dapat berjalan.
Apabila melihat keadaan Che yang sakit
sehingga tidak boleh berjalan baru lah Penyelia Kafa meminta maaf kerana
menggesa Che datang sendiri mengambil wang elaun Guru al-Quran Kafa. Ketika itu
kami Che dan mak sentiasa menungggu duit bulanan dari Abang Zahari. Saya pula giat
melukis untuk mencari duit kerana belum bekerja. Bayaran bagi kartun yang disiarkan
ketika itu antara $20.00 hingga $40.00. apabila mendapat cek apabila kartun
tersiar dalam majalah ditukarkan di Bank atau Abang Din tolong tukarkan di Publik
Bank. Sampai sekarang saya merasa sedih apabila melihat mak menangis setiap
kali hujan lebat turun kerana atap rumah banyak bocor. Duit bulanan yang Abang Zahari
bahagi yang menyelamatkan Che dan Mak ketika itu untuk membeli ubat-ubatan dan
keperluan. Selain dari duit melukis kartun yang saya dapat setiap bulan. Tetapi
aruah Che tak suka saya mencari duit dengan melukis kartun.[2]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan