OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kayu gelam berasal pokok gelam dianggap sebagai pokok yang lasak
kerana mampu menahan keadaan kemarau, angin yang kuat atau suhu panas yang
melampau. Di Pasir Puteh, Pokok gelam banyak tumbuh di kawasan tanah lembab di
tebing sungai Semerak dan berhampiran sungai di Gong Kulim dan Hutan Gong Ngah.
Kayu gelam sesuai dibuat kayu api, pagar pokok tembakau dan pondok di sawah padi.
Semasa Darjah 1, Che selalu
membawa saya, Pak Ya dan abang Zahari anak-anak lelaki yang bersekolah rendah
ketika itu mencari kayu gelam di Seberang Sungai Semerak. Jarak hutan gelam
dengan Kampung Gong Chapa agak jauh. Kami tiga beradik lelaki bersama Che dan
Mak berjalan kaki dari Kampung Gong Chapa ke Kampung Pulau Sa. Kemudian terus
berjalan ke tebing sungai tempat disediakan Feri untuk menyeberang Sungai
Semerak ke Hutan gelam yang terletak di Jalan ke Gong Kulim.
Apabila sampai di Hutan Gelam, Che dan
Mak mengarahkan kami menebang pokok gelam sebesar betis. Apabila pokok tersebut
tumbang kami kami arah menyiat kulis pokok gelam dan memotong pokok gelam tersebut
setinggi pagar pokok tembakau. Kayu gelam terbut diikat dan dipkul menuju ke
Feri. Kami memikul kayu gelam mengikut kemampuan masing-masing melalui Kampung Pulau
Sa . Kemudian belok kekanan melalaui Surau Kampung Gong Chapa dan masuk ke
lorong utama balik ke rumah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan