Ahad, 31 Disember 2017

CHE MENJADI GURU TADIKA PERTAMA TAHUN 1970

oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Ketika berusia 6 tahun Che dah mula ajar aku mengaji Quran,berpuasa sembahyang dan asas Fardu Ain. Che Memang seorang guru agama, Imam dan guru Al-Quran yang disegani di kampung. Che merupakan anak murid Tok Kenali, seorang ulamak yang terkenal di Kelantan. Rumah aku adalah kelas mengaji Al-Quran. Pelajarnya terdiri daripada penduduk Mukim Gong Chapa iaitu Kampung Gong Chapa, Kapung Pulau Sa dan Kampung Temila. Ada juga pelajar dari Kampung Dalam Kemunting. Ramai pelajar yang mengaji Quran ketika itu. Mak pun turut mengajar kalau Che tak ada.[1]

             Semasa enam tahun Che tidak menghantar aku ke Tadika. Masa itu belum ada kelas tadika Kemas di Kampung  Gong Chapa. Jadi Che sendiri ajar aku membaca A,B,C dan menulis. selepas merdeka Che masuk Kelas Dewasa untuk belajar menulis dan membaca. Berkat kerajinan belajar aku dapat membaca, walaupun tidak lancar sangat. Ketika itu Mak Nah selalu menyuruh aku mengeja dan membilang apabila berjumpa kami semasa ke tempat che tanam tembakau berhampiran Sungai Lubuk Talam . Aku merasa amat malu bila disuruh membaca dan membilang angka, tetapi kerana Che yang suruh aku buat juga. Ujian Mak Nah ini dilakukan setiap hari apabila kami melalui kawasan tanaman tembakau Mak Nah. Masa itu aku kerap mencuri baca buku Pak Ya yang ketika itu bersekolah di SK Lelaki Pasir Puteh dalam darjah dua.[2]




[1] Biografi ahmad Yaakob,8
[2] Ibid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan