Jumaat, 29 Disember 2017

BANJIR BESAR MELANDA KAMPUNG GONG CHAPA TAHUN 1967.

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB.

Pada penghujung tahun 1967, satu lagi banjir besar melanda negeri Cik Siti Wan Kembang ini dan meragut 38 nyawa dan kira-kira 537,000 atau 84 peratus penduduknya turut terjejas. Banjir itu dikatakan kurang sedikit berbanding dengan Bah Merah pada tahun 1926. Bagaimanapun, di sesetengah tempat, banjir tahun 1967 dikira lebih besar.[1]Memang di Kelantan ini dikira hampir setiap tahun air naik tetapi tidaklah begitu teruk seperti pada 1927 dan 1967.
      
       Semasa aku berumur tiga tahun banjir besar melanda daerah Pasir Puteh dan seluruh negeri Kelantan. Kampung Gong Chapa juga turut dilanda banjir besar. Saya masih kanak-kanak dan tidak ingat peristiwa banjir besar tersebut.Menurut Che masa itu musim menuai padi, ini bermakna banjir berlaku pada bulan Disember 1967. [2]

      Paras air naik dengan pantas hingga air masuk ikut tingkap rumah. Kami sekeluarga terpaksa berpindah ke Kampung Gong Ngah yang terletak jauh di tengah sawah padi. Aku pernah ke kampung ini ketika musim padi zaman sekolah dahulu. Jaraknya jauh juga, aku kena berjalan ke tengah sawah hingga masuk ke Kampung Temila dan akan bertemu dengan jambatan kayu yang agak panjang juga barulah sampai ke petak sawah Che. Kami juga pernah mencari kayu gelam berhampiran dengan kampung tersebut.



[2]Temu bual Che pada tahun 1980.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan