Rabu, 27 Disember 2017

KENANGAN BULAN PUASA BERSAMA CHE SEKELUARGA TAHUN 1970

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
    Rumah pusaka Che Foto tahun 2007,
      Semasa tinggal di Kampung Gong Chapa pada tahun 1970, masa yang paling seronok ialah bila masuk bulan puasa. Ketika berumur 6 tahun saya  dah puasa setengah bulan penuh. Saya pun dah ikut Che dan Mak sembahyang terawih di Surau Kampung Gong Chapa. Ramai kanak-kanak yang sebaya dengan saya sembayang di surau ketika itu. Selepas solat terawih kami dijamu dengan pelbagai kueh seperti sagupal. Ketika itu penduduk Kampung Gong Chapa bergilir-gilir membuat kueh. Setiap kali kena giliran, Mak akan membuat kueh lompat tikam.[1]Ketika itu Mak akan memasak gulai lemak ikan yang menjadi menu harian kami. Ikan kat rumah sangat banyak kerana Che berniaga ikan ketika itu.

 Sebagai anak bungsu buat kali kedua selepas Shafie meninggal dunia Mak sangat sayangkan saya. Bulan puasa pada tahun itu jatuh pada 30 Oktober 1970 dan hari raya pertama jatuh pada 30 November 1970. Pada bulan puasa saya makan di bawah sahaja kerana adik-beradik saya ramai. Ketika itu yang berada di rumah ialah Abang Li, Abang Noh, kakak Asiah Rahimah. Adik-beradik yang masih bersekolah ketika iaitu ialah kakak Asiah yang masuk darjah 6 Sekolah Kebangsaan Perempuan Pasir Puteh. Zahari dan Zakaria bersekolah dalam darjah dua dan Tiga di Sekolah Kebangsaan Lelaki, Pasir Puteh. Menurut Mak kakak  Rahimah seorang pelajar yang pintar tetapi tidak boleh menaiki bas ke sekolah kerana selalu muntah . Dalam masa yang sama kakak Rahimah tak pandai naik basikal. untuk ke Sekolah Anika Jurusan. Sekolah Anika  Jurusan yang kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Tok Janggut.[2]  Kini  Che, mak, Abang Li, Abang Nok kakak Asia dan Rahimah dah meninggal dunia. Al-Fatihah.




[1] Temubual dengan Mak tahun 1980.
[2] Temu bual dengan Kakak Rahimag 2014.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan