OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Aku dilahirkan pada 28.2.
1964 di Kampung Gong Chapa, Pasir Puteh
Kelantan.[1] Tetapi
Che lambat mendaftar seminggu kelahiran aku, sebab itu di dalam surat beranak
tertulis tarikh lahir Ahmad bin Yaakob pada 7 Mac 1964.[2].
Umur Mak Ssepiah ketika itu 45 tahun ,
manakala umur Che ketika itu 56 tahun.Kampung Gong Chapa dinamakan sempena
pokok Chapa yang banyak tumbuh di Kampung tersebut. Menuru Che Yaakob, keluarganya
berpindah ke Gong Chapa apabila berlaku ribut besar 100 tahun dahulu yang
menyebabkan pokok-pokok hutan di Pasir Puteh tumbang semuanya menyembah bumi.[3]
Menurut Abang Zahari, keluarga Che
berpindah ke Pasir Puteh setelah Kerajaan Melayu Jembal dikalahkan tentera
Siam. Keluarga Che yang berasal dari keluarga Panglima Perang Kerajaan Melayu
Jembal telah melarikan diri Pasir Puteh.Jarak kampung aku dengan Bandar Pasir
Puteh cuma satu batu sahaja. Terlalu dekat. Sebab itu aku marah apabila orang
kata aku tinggal di kampung yang tiada kemudahan asas.Tetapi semasa zaman
persekolahan aku merasa rumah aku dengan bandar agak jauh. Mungkin kerana aku
berjalan kaki ke sekolah. Keluarga aku agak besar kerana mempunyai 17 adik
beradik. Kat kampung tiada orang yang boleh menyaingi jumlah anak-anak Yaakob.
Jalan masuk utama ke Kampung Gong Chapa, Pasir Puteh, Kelantan.
Jalan masuk utama ke Kampung Gong Chapa, Pasir Puteh, Kelantan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan