oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Ketika berusia 6 tahun Che dah
mula ajar aku mengaji Quran,berpuasa sembahyang dan asas Fardu Ain. Che Memang seorang
guru agama, Imam dan guru Al-Quran yang disegani di kampung. Che merupakan anak
murid Tok Kenali, seorang ulamak yang terkenal di Kelantan. Rumah aku adalah
kelas mengaji Al-Quran. Pelajarnya terdiri daripada penduduk Mukim Gong Chapa
iaitu Kampung Gong Chapa, Kapung Pulau Sa dan Kampung Temila. Ada juga pelajar
dari Kampung Dalam Kemunting. Ramai pelajar yang mengaji Quran ketika itu. Mak
pun turut mengajar kalau Che tak ada.[1]
Semasa enam tahun Che tidak menghantar
aku ke Tadika. Masa itu belum ada kelas tadika Kemas di Kampung Gong Chapa. Jadi Che sendiri ajar aku
membaca A,B,C dan menulis. selepas merdeka Che masuk Kelas Dewasa untuk belajar menulis dan membaca. Berkat kerajinan belajar aku dapat membaca, walaupun tidak
lancar sangat. Ketika itu Mak Nah selalu menyuruh aku mengeja dan membilang apabila berjumpa kami semasa ke tempat che tanam tembakau berhampiran Sungai Lubuk Talam .
Aku merasa amat malu bila disuruh membaca dan membilang angka, tetapi kerana Che yang suruh aku buat juga. Ujian Mak Nah
ini dilakukan setiap hari apabila kami melalui kawasan tanaman tembakau Mak
Nah. Masa itu aku kerap mencuri baca buku Pak Ya yang ketika itu bersekolah di SK Lelaki Pasir Puteh dalam darjah dua.[2]