Zahari bin Yaacob dilahirkan pada tahun 1961
di Kampung Gong Chapa Pasir Puteh, Kelanan. Beliau merupakan anak ke-13 Yaakob
bin Mamat. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Lelaki Pasir
Puteh, Kelantan dari tahun 1968 hingga tahun 1973. Kemudian beliau melanjutkan
pelajaran ke peringkat menengah di SMK Tok Janggut pada tahun 1974 hingga tahun
1978. Semasa di SK Lelaki Pasir Puteh, beliau aktif bersukan terutama
bolasepak. Beliau mewakili pasukan Bolas sepak SK Lelaki besama Pok Ya pada tahun 1974.[1]
Semasa di SMK Tok Janggur, abang Zahari
mempunyai sahabat karib yang bernama Azhar Pakcik Dewan dan Raja Arifin, mereka
mengabung nama menjadi AZHARIFFIN. Semasa di Tingkatan 4 kerana pengaruh Teks
Sastera Tingkatan 4, Pulanglah Perantau, karya Aziz Jahpin, beliau menggunakan nama samaran Johari,
watak utama dalam novel tersebut.[2]
Beliau mempunyai ramai kawan dan banyak tidur di Surau Kampung Gong Chapa
bersama kawan-kawan atau bermalam di rumah Mazlan. Sehingga Mak selalu berpesan
jangan lupa bangun awal untuk solat subuh semasa tidur di surau.[3]
Sejak zaman kanak-kanak saya Abang Zahari
dan Abang Zakaria akan ke kawasan berih di seberang Sungai Rasau untuk mencari
kayu gelam.Pada awal pagi kami terpaksa berjalan kaki hampir dua kilo meter ke Kampung
Pulau Sa. Kemudian kami berjalan lagi hingga sampai ke tempat Feri. Feri
tersebut ialah sebuah perahu yang dipasang tali yang kuat dibuat daripada besi.
Pergerakan Feri berlaku apabila takal ditarik perlahan-lahan hingga Feris dampai ke tebing sungai menghala ke Kampung
Kulim. Selepas itu kami terus berjalan hingga sampai ke kawasan Hutan Pokok
Gelam. Menurut Abang Zahari kerana umurnya 10 tahun dia membawa lebih kayu
gelam hingga menelah bahu. Saya ketika darjah satu cuma membawa sebatang kayu
gelam sahaja. Kayu geam ini Che gunakan untuk membuat pagar tanaman tembakau
bagi mengelak dimasuki kerbau.[4]
[1]Buku
sejarah Hidup Ahmad bin Yaakob zaman Kanak-Kanak, 5
[2] Novel
Pualanglah Perantau karya Aziz Jahpin.
[3] Pesanan Mak pada tahun 1978.