Kali pertama kami sekeluarga mengunjungi
rumah rumah DJ Zainal pada tahun 2009
semasa tamat Kursus PTK DG52 di A Famosa
Resort. Ketika itu DJ Zainal membantu saya membuat Penyelidikan Sejarah di
Bukit China, Tanah Perkuburan Jepun dan Di Muzium Melaka. Kemudian membawa kami
sekeluarga melawat Kota A Famosa. Banyak kajian sejarah dapat dibuat di situ
kerana terdapat banyak kesan penjajahan Portugis dan Belanda. Kubur Franci Xavier
merupakan tempat beradu Sultan Mansur Shah.[1]
Kunjungan kali kedua ketika allahyarhamah
kakak Asiah meninggal dunia akibat denggi berdarah. Terima kasih kerana memasak
dan menggiling lada sejak subuh untuk menyediakan sarapan pagi untuk kami
sekeluarga. Jalan ke Bukit Baru pun saya dah lupa. Jadi kami menggunakan GPS
untuk bertolah dari Hotel di Pantai Klebang ke Bukit Baru.[2]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan