Ahad, 14 Januari 2018

ZIARAH KELUARGA DJ ZAINAL

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB



      Kali pertama kami sekeluarga mengunjungi rumah  rumah DJ Zainal pada tahun 2009 semasa tamat  Kursus PTK DG52 di A Famosa Resort. Ketika itu DJ Zainal membantu saya membuat Penyelidikan Sejarah di Bukit China, Tanah Perkuburan Jepun dan Di Muzium Melaka. Kemudian membawa kami sekeluarga melawat Kota A Famosa. Banyak kajian sejarah dapat dibuat di situ kerana terdapat banyak kesan penjajahan Portugis dan Belanda. Kubur Franci Xavier merupakan tempat beradu Sultan Mansur Shah.[1]

      Kunjungan kali kedua ketika allahyarhamah kakak Asiah meninggal dunia akibat denggi berdarah. Terima kasih kerana memasak dan menggiling lada sejak subuh untuk menyediakan sarapan pagi untuk kami sekeluarga. Jalan ke Bukit Baru pun saya dah lupa. Jadi kami menggunakan GPS untuk bertolah dari Hotel di Pantai Klebang ke Bukit Baru.[2]


[1]Dairi Tahun 2009,98.
[2]Dairi Tahun 2018, 12 

Isnin, 8 Januari 2018

MERAIKAN ABANG-ABANG YANG BERJASA

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB


      Semasa belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia antara tahun 1984-1988 Abang Zahari banyak membantu apabila tiada duit nak balik kampung. Dermasiswa ketika itu hanya RM3000.00 satu semester.  Lebih RM160.00 sebulan.Ketika itu naik bas Tong Fong atau Bas Merah ke UKM tambang 50 sen. Setiap hujung bulan makan maggie. Semasa buat Diploma Pendidikan Abang Zakaria pula membantu. Terima kasih atas bantuan tersebut .Semasa buat MA atau Ijazah Sarjana barulah mampu guna duit sendiri.

Sabtu, 6 Januari 2018

KENANGAN BERSAMA MAK TAHUN 1988

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Papan hijau yang tergantung bertulisan jawi itu merupakan tempat Che Mengajar mengaji al-Quran
       Pak Leh membawa keluarga bakal isteri darri Felda Jengka 4.

KAKAKKU ASIAH YAAKOB

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

      Asiah Yaakob dilahirkan pada tahun  1958 di Kampung Gong Chapa dan merupakan anak Che yang kesepuluh dan anak Mak yang ketujuh.[1]Kakak aku Mek Yah menjaga aku sejak kecil lagi kerana Mak anak ramai. Mek Yah lah yang memandikan aku dan memakai pakaian ketika Aku zaman kanak-kanak.Ketika itu setiap malam aku memakai baju tidur yang kainnya warna biru berjalur.  Jadi aku menjadi adik kesayangan Mek Yah. Beliauu mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Perempuan Pasir Puteh dari tahun 1963-1970.

Masa Che hantar ke sekolah, pada hari pertama  aku rasa takut juga kerana tak pernah ke sekolah. Pakaian sekolah masa itu ialah baju t-shirt putih, seluar pendek berwarna biru dan kasut serta setokin berwarna putih. Hari kedua . Aku ke sekolah menaiki basikal bersama kakak aku Mek Ya yang bersekolah di Sekolah Aneka Jurusan, kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Tok Janggut. Jarak dari rumah ke sekolah cuma satu batu sahaja.  Aku diajar membaca dan menulis oleh kakak aku Mek Yah dan Rahimah sehingga cekap menulis dan membaca. [2]

      Ketika itu aku terkejut apabila kakak-kakak aku menyatakan Nasir dah pandai membaca. Jadi aku belajar betul-betul hingga boleh membaca dalam masa yang singkat. Sebenarnya Nasir hingga darjah 4 masih merangkak membaca. Dalam peperiksaan Penggal pertama aku dapat nombor 4. Alias Hassan nombor 1, Saberi no 2 dan Othman nombor 3. Tetapi pada penggal kedua dan penggal 3 aku mendapat tempat kedua. Sejak Darjah 1 aku rajin belajar dan menyiapkan semua kerja sekolah sebaik sahaja balik dari rumah iaitu selepas solat zuhur.Sejak sekolah rendah aku berazam untuk masuk universiti.[3]



[1] Wasapt Zahari Yaacob 25 Disember 2017
[2] Biografi  Ahmad Yaakob, 4
[3] Ibid,4

Rabu, 3 Januari 2018

KENANGAN SELEPAS BANJIR TAHUN 1983

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Foto kenangan tahun 1983 bersama Zuhariman adik-beradik.
Pada tahun 1983 banjir dua kali melanda Kampung Gong Chapa. Kali pertama sebelum Peperiksaan STPM kali pertama 1983. Banjir kali kedua pula melanda pada bulan Disember 1983 iaitu seminggu sebelum Peperiksaan Ulangan STPM 1983 kerana soalan bocor.