Selasa, 13 Oktober 2020

1971-1976 MEMAKAI LENCANA BESI SKPPL.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 811)



Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (Lelaki) atau (SKPPL) adalah sebuah sekolah rendah yang terletak di tengah-tengah Bandar Pasir Puteh, Kelantan. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah Melayu yang tertua di negeri Kelantan. Pada tahun 1917, sekolah ini memilki bangunannya sendiri apabila kerajaan membeli sebidang tanah daripada Tuan Haji Wan Musa Bin Wan Daud. Tanah ini terletak berhampiran Jalan Nara (sekarang dikenali sebagai Jalan Pasir Puteh – Machang). Pada 1933, sekolah ini mendapat dua teres bangunan setingkat baru.[1]

Semasa belajar di sini mulai tahun 1971-1976 saya memakai lencana besi yang Che beli semasa mula-mula mendaftar di SKPPL pada tahun 1971. Lencana ini dibaut pada tahun 1912 semasa di bawah pentadbiran Guru Besar pertama Tuan Hj. Daud bin Dato’ Puteh (1912 – 1928).[2] Moto yang tertera di Lencana Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh, Lelaki ialah ‘Belajar Terus Belajar’.

___________________________________

[1]https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Kebangsaan_Pasir_Puteh_(L)

[1] Ibid.


Rabu, 7 Oktober 2020

KENANGAN KONVO NUR SYAFIQAH AHMAD DI UPSI 2016

 


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Saat paling gembira ialah bila anak sulung saya tamat belajar. Kami nengambil cuti crk untuk ke UPSI. Sampai di UPSI kami menyewa di kawasan perumahan pelajar UPSI. Kalau di UKM dipanggil rumah tamu. Keesokkan hari dengan izin Allah saya sakit.

Alhamdulillah Majlis Konvo anak saya sesi petang. Setelah mengambil insulin dan ubat darah tinggi, kesihatan saya pulih kembali. Jadi saya dapat masuk dewan untuk menyaksikan Majlis Konvokesyen anak saya. Ketika itu saya sempat berjumpa sahabat SMK Kamil, Prog Dr Ramlee Ismail.