Selasa, 13 Oktober 2020

1971-1976 MEMAKAI LENCANA BESI SKPPL.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 811)

Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (Lelaki) atau (SKPPL) adalah sebuah sekolah rendah yang terletak di tengah-tengah Bandar Pasir Puteh, Kelantan. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah Melayu yang tertua di negeri Kelantan. Pada tahun 1917, sekolah ini memilki bangunannya sendiri apabila kerajaan membeli sebidang tanah daripada Tuan Haji Wan Musa Bin Wan Daud. Tanah ini terletak berhampiran Jalan Nara (sekarang dikenali sebagai Jalan Pasir Puteh – Machang). Pada 1933, sekolah ini mendapat dua teres bangunan setingkat baru.[1]

Semasa belajar di sini mulai tahun 1971-1976 saya memakai lencana besi yang Che beli semasa mula-mula mendaftar di SKPPL pada tahun 1971. Lencana ini dibaut pada tahun 1912 semasa di bawah pentadbiran Guru Besar pertama Tuan Hj. Daud bin Dato’ Puteh (1912 – 1928).[2] Moto yang tertera di Lencana Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh, Lelaki ialah ‘Belajar Terus Belajar’.

___________________________________

[1]https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Kebangsaan_Pasir_Puteh_(L)

[1] Ibid.

Rabu, 7 Oktober 2020

KENANGAN KONVO NUR SYAFIQAH AHMAD DI UPSI 2016

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Saat paling gembira ialah bila anak sulung saya tamat belajar. Kami nengambil cuti crk untuk ke UPSI. Sampai di UPSI kami menyewa di kawasan perumahan pelajar UPSI. Kalau di UKM dipanggil rumah tamu. Keesokkan hari dengan izin Allah saya sakit.

Alhamdulillah Majlis Konvo anak saya sesi petang. Setelah mengambil insulin dan ubat darah tinggi, kesihatan saya pulih kembali. Jadi saya dapat masuk dewan untuk menyaksikan Majlis Konvokesyen anak saya. Ketika itu saya sempat berjumpa sahabat SMK Kamil, Prog Dr Ramlee Ismail.

Ahad, 17 Mac 2019

DARI 17 BERADIK TINGGAL 4 ORANG

Abang Zahari meninggal dunia tahun ini pada usia 57 tahun.Menurut Ustaz Ahmad Dusuki usia tua dalam Islam dan disebut oleh Rasulullah saw adalah 40 hingga 70 tahun. Saya yakin keputusan pencen umur hampir 55 tahun adalah tepat.Kakak sulung Maitah bt Yaakob 78 tahun masih sihat.

Selasa, 13 Mac 2018

BIOGRAFI HAJI ZAHARI BIN YAAKOB SIRI 1

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
      Zahari bin Yaacob dilahirkan pada tahun 1961 di Kampung Gong Chapa Pasir Puteh, Kelanan. Beliau merupakan anak ke-13 Yaakob bin Mamat. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Lelaki Pasir Puteh, Kelantan dari tahun 1968 hingga tahun 1973. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di SMK Tok Janggut pada tahun 1974 hingga tahun 1978. Semasa di SK Lelaki Pasir Puteh, beliau aktif bersukan terutama bolasepak. Beliau mewakili pasukan Bolas sepak SK  Lelaki besama Pok Ya pada tahun 1974.[1]

      Semasa di SMK Tok Janggur, abang Zahari mempunyai sahabat karib yang bernama Azhar Pakcik Dewan dan Raja Arifin, mereka mengabung nama menjadi AZHARIFFIN. Semasa di Tingkatan 4 kerana pengaruh Teks Sastera Tingkatan 4, Pulanglah Perantau, karya Aziz  Jahpin, beliau menggunakan nama samaran Johari, watak utama dalam novel tersebut.[2] Beliau mempunyai ramai kawan dan banyak tidur di Surau Kampung Gong Chapa bersama kawan-kawan atau bermalam di rumah Mazlan. Sehingga Mak selalu berpesan jangan lupa bangun awal untuk solat subuh semasa tidur di surau.[3]

      Sejak zaman kanak-kanak saya Abang Zahari dan Abang Zakaria akan ke kawasan berih di seberang Sungai Rasau untuk mencari kayu gelam.Pada awal pagi kami terpaksa berjalan kaki hampir dua kilo meter ke Kampung Pulau Sa. Kemudian kami berjalan lagi hingga sampai ke tempat Feri. Feri tersebut ialah sebuah perahu yang dipasang tali yang kuat dibuat daripada besi. Pergerakan Feri berlaku apabila takal ditarik perlahan-lahan hingga Feris  dampai ke tebing sungai menghala ke Kampung Kulim. Selepas itu kami terus berjalan hingga sampai ke kawasan Hutan Pokok Gelam. Menurut Abang Zahari kerana umurnya 10 tahun dia membawa lebih kayu gelam hingga menelah bahu. Saya ketika darjah satu cuma membawa sebatang kayu gelam sahaja. Kayu geam ini Che gunakan untuk membuat pagar tanaman tembakau bagi mengelak dimasuki kerbau.[4]

[1]Buku sejarah Hidup Ahmad bin Yaakob zaman Kanak-Kanak, 5
[2] Novel Pualanglah Perantau karya Aziz Jahpin.
[3] Pesanan Mak pada tahun 1978.
[4] Temu bual Abang Zahari 9 Disember 2017.

BIOGRAFI HJ ZAHARI BIN YAACOB